13 March 2015

FLOW TEMUDUGA SPP DG41 2015

Flow iv saya:

1. Saya iv di Putrajaya. Bangunan SPP Blok B3 Aras 1. Tak susah pun nak cari. Pejabat SPP dekat dengan Jabatan Perdana Menteri. Presint 2. Saya iv sesi pagi jam 7.30 am di Bilik 1. Sebelum masuk kena daftar dulu nama pada pak guard. Bawa lesen/kad metrik/kad yang ada gambar kita untuk ditinggalkan pada pak guard. Pak guard akan bagi kita pas masuk. Pakai tau pas tu. Kalau tak nanti kena marah :p

2. Bila dah selamat masuk Bangun an SPP terus pergi ke kaunter pendaftaran ikut nombor bilik interview. Saya terus pergi kaunter 1 sebab saya bilik 1. Dekat situ kita cuma diminta tandatangan dahulu untuk sahkan kehadiran.

3. Lepas dah sign dia akan suruh kita duduk. Kami di sini ramai. Semua calon dari bilik berbeza berkumpul dalam tempat yang sama. Time ni boleh susun sijil dulu. Kalau tak sure boleh je biar kan. Nnti pegawai spp akan semak.
4. Bila nama dipanggil bawa clear folder & borang salinan/photostat. Saya ikut senarai yg saya bagi tu. Tapi dia pulangkan sijil berhenti sekolah yg salinan & transkrip bahasa inggeris. Sijil Koko xperlu salinan. Hnya nak senarai semak. Sijil asal kita dalam clear folder tu, pegawai spp akan bagi pada panel siap-siap so kita tinggalkn je dekat situ.

4. Lepas tu tunggu giliran. Bukan kita sorg je sesi 7.30 am Bilik 1. Ramai. So first come first serve. Saya datang lambat. Pukul 8 lebih so masuk sebagai kumpulan ke2 untuk Bilik 1. Kumpulan pertama yang datang awal.

5. Dia akan susun nama kita ikut giliran. Masa tu kita akan tau kita calon yg keberapa. Saya calon ke-4 dr 6 orang calon. 3 UPSI, 1 U1A, 2 UITM. Lega sebab 2 member UPSI yang memang hebat ada sekali.

6. Pegawai spp akn briefing untuk address panel sbg Tuan, Puan, Tan Sri dsb

7. Ketuk pintu. Bagi salam. Masuk. Letak kn RPH atas meja panel. Berdiri di depan panel. Panel akan teliti etika pemakaian. Ada yang kena tegur sebab takde nametag & tak pakai blazer termasuk yang mngandung. Nametag memudahkan panel kenal kita. Panel akan panggil nama kita untuk tanya soalan

8. Duduk bila disuruh

9. Kenal kan diri. Nama, anak ke berapa, asal mana & universiti mana (Dalam bm).

10. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

11. Kami ditanya mengenai peranan guru utk menyediakan pelajar ke arah pembelajaran abad ke 21. Sorang2 bermula dengan calon 1.

12. Guru cemerlang dok belek buku rph masa ni. Terus beliau ckp "Tapi rph anda tak macam yang anda cakap pun". RPH kami dikritik. So kita mengaku je salah. Jgn lawan ye. Mereka cakap benda betul.

13. Kami ditanya macamana pelajar nak survive pada masa akan datang melalui peranan guru.

14. Soalan mengenai content knowledge tesl bermula. Masa ni baru mula cakap english. Soalan aspirasi pppm ditanya. Lepas tu pasal pggunaan ict pada pelajar sekolah luar bndar. Persedian utk bantu pelajar low level of proficiency. Cara nk improve lesson kalau boleh kembali ke waktu praktikal. Time ni dah rilek sikit. Sebab cakap english. Kurang formal.

15. Mixed abilities students. Pelajar berbeza proficiency.

16. Literacy. Do u agree?

17. Listening and speaking activities utk tolong pelajar.

18. Pelajar dari broken family- peranan guru.

19. Nama2 menteri.

20. Lahad datu

21. Pulau Sipadan

22. Tinggi Gunung kinabalu (tepat)

23. Panel nasihatkan kami jangan terlalu berharap. Jadilah cikgu yang baik tak kira kena posting ke mana pun :)

24. Semoga berjaya semua^^






3 comments: